Assalamualaikum...
Jom kita amalkan Perbuatan Sunat Pada Hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan hari yang mulia juga dikatakan sebagai penghulu segala hari. Malah Kiamat juga dikatakan berlaku pada hari Jumaat.


Sebenarnya terdapat banyak perkara/perbuatan sunat yang boleh dilakukan pada hari yang mulia ini.
Antaranya ialah : 

1. Memakai Minyak Wangi
Kalau hari lain pun pakai, hari jumaat pilih lah bauan yang paling korang suka. Digalakkan pilih yang non-alcohol sebab senang nak pakai bawa sembahnyang. Lelaki pun pakai la jugak kalau nak pergi sembahyang jumaat. Tenang sikit orang sebelah nak sembahyang takdelah nak pengsan sebab bau tungkik peluh.

2. Mandi
Ini paling asas lah kan. Kalau kau hidup cam omputih seminggu 2 kali je mandi itu aku tak tau lah nak cakap apa. haha. 

3. Pakai Celak
Surma ialah celak. Perempuan boleh la pakai tapi lelaki aku tak pasti pulak nak pakai jenis yang macam mana. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu, harap dapat beri pencerahan. 

4. Potong Kuku
Ada hari yang elok/ patut untuk kita potong kuku dan antaranya ialah hari jumaat. 
Jadi luangkan sikit masa untuk potong kuku hari ini. 

5. Bersugi
Disarankan agar bersugi dengan kayu sugi (Miswak). Rasanya mungkin ada jual la kot cuma aku pon tak pernah try lagi. Kalau berus gigi macam biasa pon boleh la kot huhu..

6. Pakai cantik/hensem
Pakaian cantik ni tak semestinya yang baru. Cukuplah sekadar bersih dan tak lusuh. 
Yang penting tutup aurat. 

7. Bacalah Surah al-Kahfi
seorang kawan aku pernah cakap banyak kebaikan baca surah al-kahfi. Contohnya
(H.R Baihaqi- Rasulullah bersabda :
Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yagn dia baca kepada jumaat yang berikutnya "


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png