Sayang Mak...!!

Assalamualaikum..
Lamanya jari jemari Nadia tak menari atas keyboard PC. Nak kata sibuk takde la sangat. Tapi mungkin ni adalah Aturan Allah yang terbaik.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah-Nya.

Rasanya belum terlambat lagi nak wish Terima kasih buat mak Nadia tercinta.. Bersempena hari Ibu yang di kecoh2 kan.. hehe..bagi Nadia tiap hari hari ibu. Tak semestinya nak tunggu tarikh keramat 11 Mei setiap tahun.


Buat Mak, biarpun mak tak pernah tau pasal belog2 ni dan tak jenguk belog anak mak yang comel ni.. Along tetap nak luahkan.. along sayang mak dunia akhirat, terima kasih bersusah payah “bawak” dalam perut mak selama 9bulan, jaga along sampai along dah besaq panjang macam ni. Terima kasih jugak bagi along kasih sayang. Segala apa yang mak bagi pada along memang tak ternilai dan tak mampu along nak gantikan dengan duit mahupun harta benda dalam dunia ni.. Semoga Allah lindungi mak dunia akhirat, panjang umur, diberkati dan sihat selalu… Sayang mak ketat2..


Doakan anak mu ini Berjaya dunia akhirat. Sukses dalam bisnes Shaklee dan dapat hadiahkan mak abah ke Tanah Suci,Mekah.. Along tak mau wish "selamat hari ibu" Sebab bagi along hari2 along adalah hari untuk mak..


Dan buat bonda angkat tercinta, Ma Che Sharifah. Terima kasih jugak sebab ma sudi beri Nadia tumpang kasih sayang ma dikala mak kandung Nadia jauh di utara. Jasa ma hanya Allah yang mampu bayar. Semoga Ma cepat sembuh dan kembali senyum macam dulu2..

Hargailah ibu & abah kita semua.. Tanpa mereka belum tentu kita ada untuk melihat bumi Allah ni. Takde mak ayah yang dapat diganti. Mak ayah angkat ke, mak ayah mentua ke, semua sama jea. Mereka tetap ada naluri mak ayah. Jangan abaikan mereka,jadi anak yang terbaik utk mereka. Dan palinggggg penting jangan layan diorg macam kucing kurap. Walaupun Bahasa agak kasar tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png