"Rezeki Itu Jaminan ALLAH."

Salam Maghrib.. Entri kali ini Nadia sharekan sedikit tazkirah tentang rezeki. Ianya untuk tatapan Nadia dan kawan2 alam maya Nadia. Rezeki seseorang itu tidak sama.  Ada orang di beri jodoh awal, ada yang di beri kekayaan yang melimpah ruah, ada orang yang di beri pekerjaan yang baik dan ada juga yang di beri kesihatan dan umur yang panjang.

Kita selalu bekerja keras untuk mencari rezeki. Sekiranya rezeki kita lambat maka janganlah kita bersangka buruk pada Allah S.W.T.  Sebaliknya yakin lah "Rezeki Itu Jaminan ALLAH."


PERKONGSIAN TAZKIRAH
Jika tiada rezeki anak, mungkin di berikan rezeki mertua yang baik. Maka kita akan lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin di berikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin di berikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masaalah. Maka kita akan lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita akan lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin di berikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga. Maka kita akan lebih bahagia kerana
hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin di berikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita akan lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada besok hari. Maka kita akan lebih bahagia kerana rezeki yang tidak di jangka.

Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal. Hanya DIA Allah Yang Maha Adil.
p/s: Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah S.W.T..



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png