Pada masa kini, terutamanya orang
muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang
tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil
untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf
hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan.
Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan
diwar-warkan.
Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama.
Ini boleh dilihat daripada
papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan
iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan
kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan
untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan
pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan
bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada
masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan
mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan
duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa
banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan
berapa ratus ribu?”
Lebih meruncing lagi apabila
masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan
agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan
seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48
#1
– Tiada Duit Untuk Simpan
Hakikatnya tiap orang boleh
menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus
paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu
bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana
kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.
#2
– Simpan Untuk Kecemasan
Apa yang kita niatkan boleh menjadi
doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih
kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk
kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang
akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.
#3
– Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula
Ia adalah suatu perkara yang biasa
terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada
displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab
dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan
yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan
anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.
5
Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik
menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti
Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang
terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.
#1
– Simpan Si Hijau Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5. Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif.
#2
– Simpan Si Oren Andai berkemampuan dan mampu
menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam
balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.
#3
– Simpan Duit Syiling Ini adalah taraf paling rendah bagi
mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua
duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.
#4
– Simpan 10% Duit Gaji Bagi mereka yang bekerja makan gaji,
kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut
dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10%
daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu
sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di
Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan
jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000.
Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan
RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih
banyak wang.
#5 – Mulakan Menyimpan
Setiap Hari (Walau 10 sen!) Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Aliran wang orang kaya –
dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit,
belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
“Semakin kita lakukan, semakin
lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan
mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa
sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.
Sumber : tazkirah.net
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment