Bye 2014, Move On 2015

Assalamualaikum & Salam Sayang

Alhamdulillah.. setelah sekian lama Nadia menyepikan diri dari belog kesayangan Nadia ni.. hari ni.. dalam tahun yang baru ni.. Nadia nak meringankan jari selalu jenguk dan kongsi cerita dengan semua..
Kita dah pun sampai penghujung 2014 kan.. sekejap je masa berlalu.. siapa sangka.. siapa duga.. 2014 telah banyak mengajar kita erti kehidupan.. pelbagai pahit manis telah kita lalui.. sakit, sihat.. penat lelah.. suka duka.. semuanya kita dah lalui kan.. hidup tanpa dugaan dan cabaran takkan dapat beri kita kehidupan yang begitu teguh..

hehehe.. sebenarnya nak kongsi cerita lain, tapi terkongsi pulak cerita lain.. sorry yea kengkawan..tapi takpe la.. sempena 2014 yang bakal di "muzium" kan.. Nadia nak coretkan memori terakhir 2014 dalam belog comel Nadia ni..

Azam 2014.. dah tertunai semuanya...?? Kalau ada diantara kita masih ada azam yang belum tertunai.. korang jangan kecewa k.. boleh je kalau korang nak bawak azam tu ke tahun 2015 yang bakal kita lalui tak berapa jam lagi..

Ish.. Nadia sendiri pun belum lagi capai azam 2014.. terasa semua azam tu kena bawak ke tahun 2015.. walaupun azam Nadia 2014 tak tercapai.. Nadia tak rasa sedih..tapi Nadia terasa Allah nak bagi Nadia dugaan dan kesabaran untuk berusaha lagi bersungguh.. Janagan putus asa tau untuk tambah azam.. tingkatkan lagi usaha.. insya-Allah..pasti azam kita tercapai..
Apa-apa pun Nadia nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger dan pembaca setia blog Nadia.. thanks sudi jenguk belog tak berapa nak comel ni..
Maaf sekiranya ada terkasar bahasa kalau entry yg menyakitkan hati korang yea.. mulakan 2015 kita dengan ceria dan penuh semangat.. (*_^)

Salam 2015...

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png