Kencing Tak Lawas a.k.a Sakit

Assalamua’laikum guys

Pernah tak korang alami kencing kotor?? ataupun korang tak pernah dengar?? ok takpe, kali ni nak share pasal kencing kotor especially di kalangan wanita sebab baru2 ni Nadia terkena kencing kotor ni.
Ya Allah terasa teramat sakit sangat nak kencing. Lepas tu dengan terasa air kencing tak keluarnya, tak puas membuang rasanya.

Before this, Nadia penah dengar jugak pasal penyakit ni, tapi tak ambil port pun.. sebab tak kena.. So, kali ni dah kena.. terpaksa la amik port untuk elakkan ia berulang sekali lagi..
Maklumlah kita ni selagi tak kena atas batang hidung sendiri, kita tak kan ambil kisah kan.. termasuk la Nadia..
Lepas alami masalah kejap2 nak terkencing n rasa tak habis bila kencing tu..di tambah pulak terasa sakit bila nak kencing, baru Nadia tahu yang Nadia dah kena penyakit ni.

Al kisahnya masa company Nadia dengan baik hatinya bagi cuti peristiwa sempena Pahang menang Piala Malaysia hari tu.. Nadia “berdating” dengan tandas. Sekejap2 nak lari ke tandas. Rasa nak terkencing.. Kencing tak banyak pun tapi terasa kerap nak kencing.. 5-6 kali berulang ke tandas terasa kesakitan nak kencing tu dah..
2 minggu jugak la keadaan ni berlarutan.. Nadia pun selamba badak tahan biarkan keadaan macam ni.. Bila dah bersangkut dengan perut dan nak jalan pun payah.. Baru tergedik-gedik nak pergi klinik.. 
Doktor mintak Nadia buat urin test. Masa g kaunter untuk bagitau nurse untuk urin.. boleh pulak "misi" yang comel tu panggil Nadia puan.. hehehe.. Saya belum kawin lagi la misi comel.. dan buat urin test bukan sebab pregnant..  I'm Not pregnant yet.. Doktor gariskan..LEU Small.. tu hasil urin test yang Nadia kena buat masa g klinik.. 
Haa korang pernah rasa macam ni tak:
  •  Kerap ke toilet..Lebih 10 kali dalam sehari (Kalau boleh nak tido dalam tu)
  • Masa nk kuar kencing rasa pedih2, perit, air kencing pun panas je.
  • Kencing tak puas(macam ada lagi air kencing yang nak keluar tapi xkeluar2 pon)
  • Kencing tak habis
  • Sakit pada bahagian ari2 (ni memang jelas..rasa perut ni bengkak aje)
  • Tak leh nak tahan kencing (ada jugak yang terkucil tengah jalan)
  • Kadang kala alami kencing berdarah (doktor cakap ada darah sikit dalam air kencing)
  • Demam

Jom check it out ape puncanya
  • Kurang minum air (Air kosong yea bukan air manis)
  • Suka tahan kencing (lepas ni kalau nak kencing je cepat2 la tunai hajat tu..lagi2 pada wanita yang dah bersalin..bahaya tahan-tahan ni..Alert k!!)
  • Hygiene -Kena jaga kebersihan dalaman yea  (Nadia jaga pon kena jugak, dah nak terkena, redha jela)

Ubat untuk pulihkan masalah ni??

Masa kena penyakit ni Nadia biarkan, dekat 2 minggu baru nak g klinik n then doktor ada cakap puncanya..(macam kat atas yea)..so bila kurang minum air masak, kencing kita dah dijangkiti kuman.
Bila kita tahan kencing, kuman yang ada tak leh nak keluar..itu yang jadi macam tu. Tapi rasanya tak pulak tahan kencing. Huhuhu.. (T_T)
Nadia cakap lebih kurang apa yang doktor bagitau jea.. (dah ingat2 lupa) dekat seminggu berlalu baru nak hupdate story kan… hehehe..
So doktor bagi ubat lawas kencing (cecair), antibiotic dan sakit perut..habis RM65.. Nasib klinik panel.. hehehe..

Tapi Alhamdulillah.. 3-4hari makan dah lega.. makan pulak suplimen yang membantu legakan kencing tak lawas ni.. cepat je baik.. ish.. kalau la tau awal2 kencing tak lawas boleh cegah dengan Alfalfa Shaklee.. daku pasti takkan berlarutan sakit ni.. ia juga bantu atasi masalah kencing kotor ni..

But for me..ia pengalaman dan mengajar kita untuk lebih berilmu..Hilang seksaku...hehehe..so sape2 yang ada masalah kencing tak lawas..

boleh cuba alfalfaShaklee ni yea...If nak cuba shaklee, tak lega jugak better refer doctor... Hope entry kali ni boleh bagi manfaat n pengetahuan pada korang semua.

Sekian, cerita comel Nadia.. (^_*)

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png