APA ITU BLACKHEAD?

Assalamualaikum semua.. Hmm mesti ramai yang ada masalah Blackhead kan..? Jom, hari ni Nadia sharing skit info tentang Blackhead ni.

Blackhead – nama dalam perubatan adalah Open Comedo.Ia adalah kandungan yang menyumbatkan ‘pores’ pada kulit.Selalunya berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu.Ia berwarna kekuningan atau hitam.
APA PENYEBAB BLACKHEAD
Blackhead bukan berpunca dari kotoran di alam sekitar kita. Blackhead terjadi apabila lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar ‘Sebaceous’. Apabila lebihan minyak ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Sebab itulah jika kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja.
Sekiranya pori-pori kita adalah kecil, maka pendedahan pada udara adalah kurang. Maka tidaklah terbentuk blackhead tetapi whitehead. Blackhead akan menjadi teruk jika terdapat kotoran dan serangan bakteria tersumbat sekali dalam pori-pori. Ini mungkin akan menghasilkan pembentukan jerawat.
Salah satu punca tubuh badan menghasilkan lebihan minyak pada muka adalah kerana hormon tidak stabil. Ini selalunya berlaku masa alam remaja dimana kita mengalami perubahan akil baligh. Hormon akan bercelaruan dan ini antara kesannya. Begitu juga pada beberapa wanita yang mana jerawat akan naik bila period nak datang. Nak stabilkan hormon? teruskan membaca…


APAKAH CARA NAK MENGATASI MASALAH BLACKHEAD?
Rajin-rajinlah mencuci muka
Perlulah kita mencuci muka agar kekotoran dan minyak lebihan yang tersembat dapat dikeluarkan. Ini mungkin memerlukan skincare yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika anda ingin memicit keluar blackhead, gunalah cara yang betul agar kulit tidak luka dan seterusnya terjadi serangan bakteria.
Bagi saya, saya suka buat facial untuk tujuan ini. Atau gunakan skincare seperti ‘scrub’.. Namun apa2 pun biarlah sesuai dengan muka anda ya…
Makan makanan yang membantu dalam mencantikkan kulit
Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin penuh dan ikan. Ini akan membantu mengurangkan pengeluaran minyak dan membantu hormon menjadi stabil. Makanan bergoreng, bergula dan berkafein menyumbang kepada penghasilan jerawat. Pengurangan makanan ini daripada diet anda akan mengurangkan kecacatan kulit. Jika anda merokok, Berhentilah. Rokok menghalang fungsi hormon yang stabil.
Satu lagi yang paling penting, minum air banyak….
Tidur secukupnya
Dapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini untuk memastikan tubuh badan betul-betul berehat dan kulit boleh membuat proses pemulihannya. Tidur akan membantu menenangkan segala tekanan yang dialami oleh kulit anda.
Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ini membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. Jika tidak dapat melakukan senaman penuh, amalkan senaman berjalan kaki.

Daripada info diatas, Nadia nak cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakanan harian anda agar ia dapat mengatasi masalah blackhead dan seterusnya ke kecantikan kulit.
GLA Complex – GLA adalah satu supplement yang membantu menstabilkan hormon baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang best dengan GLA Complex Shaklee adalah ia di padukan dengan vitamin E..

Vitamin E complex – Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah femes untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Namun jika anda mengamalkan Vitamin GLA, tidak perlulah memakan Vitamin E complex. Kalau nak juga makan kedua-duanya, hubungi saya untuk konsultasi ya…

Vitamin B complex – Membantu dalam sintesis dan tisu baru, membantu dalam pengagihan oksigen pada tisu, mengatur hormon, terlibat dengan pertumbuhan sel, membantu dalam keadaan stress, memelihara kulit dari dalam dan menghilangkan garis-garis halus pada muka..

Vitamin C – Membentuk Kologen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.

Itulah supplement yang minimum okeh . kalau nak tambah ESP dan Carotomax lagi bagus..
Jika nak tambah skincare yang berasaskan bahan semuladi, pun boleh. Shaklee juga ada skincare yang berasaskan Skincare dari Shaklee iaitu NutriWhite dan Enfuselle
p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan? Cepat2 hubuni Nadia okeh..

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kolestrol dan PHYTOCOL-ST Shaklee

Assalamualaikum & Salam sihat selalu semua.

Seminggu yang lepas, Shaklee telah melancarkan produk Shaklee terbaru yang di panggil PHYTOCOL-ST Shaklee. Macam mana nak sebut…? Sebut macam ni “Fay-to-kol-STokeh... 6.2juta orang dalam Malaysia dianggarkan mengalami masalah kolestrol.. Banyakkan.. 6.2 juta tu…?? Bukan  6,200 orang okeh.. tapi 6.2 juta.. lebih kurang 15% tau yang ada masalah kolestrol. Ini bukan main teka2, tapi berdasarkan laporan Berita Harian baru2 ni.
Orang selalu cakap "ko ni banyak kolestrol" la.. tapi korang tau dan faham tak apa yang dimaksudkan dengan Kolestrol ni..? Hehe.. mesti ada yang tak tau kan..? Jom, baca lagi entry Nadia. Nadia nak "membebel" sikit pasal Kolestrol ni.
Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi ysatu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui yang kepadatan anda mengalami .
Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :
Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin
 Rawatan yang boleh dilakukan
Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam
• Mengambil PHYTOCOL Shaklee
PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL
Kelebihan dan Keistimewaan Shaklee. 

·         Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
·         Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
·         Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
·         Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
·         Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Bagaimana Fitosterol bertindak

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda 






SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Bila Tiba....

Assalamualaikum... seharian semalam tak dapat nak menghupdate belog kesayangan daku nih.. Alhamdulillah..hari ni berkesempatan nak hupdate blog walaupun hanya sempat hupdate guna Encik Fon je.
Korang mesti dah berkali2 dengar lagu "Bila Tiba" nyanyian band Indon yang hot tu.. Bila berkali-kali Nadia dengar, lirik dia memang amat tersentuh. Lagu ni pun blh bagi kesedaran tau pada kita.. Lagu sentiasa buat daku terasa hidup ni hanya menumpang. Menumpang segalanya dari Allah.

Terima kasih Allah kerana pertemukan daku dengan orang2 positif dalam famili Shaklee sekaligus orang2 ni rajin mengingatkan Cinta kepada Allah.. Bestkan hamba2 Allah yang macam ni.. Kalau nak merasa aura positif macam mi.. meh join famili Shaklee Nadia.. hehe..

Kat bawah ni,Nadia share sikit lirik dengan video lagu "Bila tiba-Ungu" ni. dengar betul2... rasakan aura lagu ni meresap ke dalam badan..

Saat tiba nafas di ujung hela

Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia

Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah

Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari

Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti

Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati..



Semoga sedikit sebanyak lagu ni dapat bagi kita kesedaran dan sentiasa cintakan Allah.. ^-^

Nak berjaya,jangan cipta alasan...!

.. Selamat malam semua..

pasti ada yang belum tido kan... Alhamdulillah sepanjang hari,16-Jun-14 semua perkara baik yang berlaku.. sentiasa positif dgn keadaan sekeliling.. jauhkan segala yang negatif . Banyakkan zikir..

Jadikan hari ni pengalaman untuk tempohi hidup hari esok.. amin.. Selamat malam semua..mimpikan yang indah saja..

sumber motivasi




Antara Pendapatan RM2,800 sebulan, RM800 Sebulan, Udang Goreng dan Zuhud

 Assalamualaikum dan selamat malam all blogger dan silent reader blog Nadia.

 Hmm.. Entry yang Nadia nak share ni Nadia baca tengahri tadi di opis.. cerita hamba Allah Nadia tak pasti siapakah nama empunya diri tapi cerita ni memang agak menarik dan bagus untuk di share kan. Aura positif gitu.. Enjoy life, buat apa yang kita suka dan jangan terlalu bangga dengan Syurga Dunia yang kita miliki sekarang dan ubah nawaitu kita. Aura tu yang Nadia dapat waktu “mensibukkan diri” baca entry hamba Allah ni. Jom baca.. 

Selepas Graduasi...

Dulu selepas graduasi, sama seperti kebanyakan graduan yang lain aku terus mencari kerja. Pada asalnya ada dua syarikat yang aku sangat teringin nak masuk, iaitu Bank Negara Malaysia dan Khazanah. Kenapa? Of course, sebab gaji diorang tinggi dan benefit sangat banyak.

Alhamdulillah dipanggil interview untuk kedua2 BNM dan Khazanah, tapi tak lepas pun akhirnya. Tapi dipanggil interview itu pun lepas aku dah terima tawaran kerja di Public Bank. Memandangkan dua2 tempat tu x dapat, aku pun teruskan jela kerja kat Public Bank. Time tu nak kumpul duit kahwin, jadi x boleh memilih sangat.

Gaji bulanan RM2,800, lepas tolak EPF jadila RM2,400.... Dengan penuh keazaman sebelum kahwin tu aku berjaya simpan sebulan RM2,000. Agak kagum dengan diri sendiri haha, tapi yelah kan, rumah masih lagi rumah parent, kereta pun dah bawak dari UK. RM400 hanya untuk minyak, makan lunch, dan tambang LRT Putra.

8 Februari 2013, alhamdulillah akhirnya bergelar suami. Memandangkan sekarang dah tak ada tekanan untuk simpan duit yang banyak, dan mindset ingin selalu gembirakan isteri, aku pun mula tak berjimat sangat. Lebih malang lagi dari semasa ke semasa ada je masalah, kereta rosaklah, kena bayar saman lah, itu lah, ini lah. Menjadikan aku rasa RM2,800 sebulan tu tak cukup.

Aku dari awal lagi duk membanding-bandingkan gaji aku dengan kawan-kawan yang lain... Walaupun kerja bank ni sebenarnya banyak dia kat bonus (yang aku hanya akan layak dapat kalau dah kerja lebih setahun), tapi aku masih duk bandingkan dengan kawan2 yang dapat RM3,500, RM3,200 sebulan malahan dengan yang dapat RM3,000 pun aku masih bandingkan

Kemudian atas sangat banyak faktor, kerja tak minat, tak rasa otak berkembang, tak rasa menyumbang apa2, tak rasa dapat gaji yang cukup, dan lain2 (oh tapi aku sangat suka collague aku).... Akhirnya aku quit Public Bank dan keluar jadi financial planner. Satu keputusan yang bukan saja mengubah hidup aku, tapi mengubah cara aku memandang dunia.....


Kehidupan Sebagai Financial Planner

Cerita panjang jadi pendek, Financial Planner (FP) ni memang susah nak hidup buat full time melainkan anda memang jenis muka tebal dan anda memang tak kisah menipu atau cakap lebat bak kata orang. Sebab at the end of the day, untuk survive dan menjadi kaya sebagai FP, anda perlu menjadi salesman. Push untuk jual produk anda kepada siapa saja tak kira benda tu bagus ke tidak.

Hence aku tak suka, dan at the same time aku x berjaya la jugak, sebab memang aku bukan jenis macam tu. Dari awal aku dah set aside lebih kurang 6 bulan worth punya cost of living lepas quit Public Bank tu. Tapi sebab pada asalnya gaya hidup aku tak berubah sangat, 4 bulan punya worth habis dalam masa 2 bulan (of course ada beberapa musibah gak time tu). Hence aku tinggal lagi 2 bulan punya worth.... untuk aku guna.... hanya Allah yang tahu berapa lama.... Aku jatuh ke dalam depression....

So.... gaya hidup aku mula berubah... Daripada sebelum ni aku x kisah bayar Celcom RM98 sebulan, aku tukar amik UMobile yang bayar RM28 sebulan. Makan luar memang dah jarang sangat2.... Kalau makan pun hanya di kedai-kedai makan yang biasa, tidak lagi di Chinese atau Japanese Restaurant atau Buffet seperti sebelum ni.... Dan malahan pada bulan-bulan aku dapat income RM500-RM1,000 pun aku dah cukup gembira dan merasakannya banyak...

Banyak...? It's not even half of my previous salary at Public Bank.... But indeed, rezeki itu di tangan Allah....

Let me share with you one story....

Udang

Pada zaman-zaman depresion time tu, tengah x tentu hala tuju dan xde duit, aku tiba-tiba mengidam nak makan udang goreng. Well... kalau time aku kerja Public Bank dulu of course malam tu jugak aku akan keluar ke Chinese Restaurant ke atau Steamboat Buffet mana2 untuk makan udang. Tapi time tu aku xde duit... Jadi just cerita2 mengidam la kat wife aku yang aku teringin nak makan udang....

Beberapa hari kemudian.... tiba-tiba ayah saudara isteri aku datang. Dia kata ada kawan dia dari Sabah datang Semenanjung dan bagi dia banyak udang2 besar tahap tapak tangan.... Memandangkan diorang tak selalu sangat masak kat rumah jadi dia bagi kitorang.... Dan memandangkan kat rumah ni aku dengan wife aku je makan udang.... Jadi semua udang2 besar tahap tapak tangan yang aku x pernah jumpa kat pasar di Msia tu pun semua dapat kat kitorang.....

Masa tu rasa sangat.... Sangat rasa... Yang rezeki tu bukanlah dari pekerjaan kita, bukan boss kita, bukan kerajaan... Malahan rezeki itu bukan dalam bentuk duit.... Tetapi rezeki itu dari Allah... dalam bentuk sesuatu yang kita merasa nikmat ketika memperolehinya.....

Orang yang mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000.... selebihnya akan ditinggalkan untuk keluarganya selepas dia meninggal....


Antara Duit, Rezeki dan Zuhud

Sambung cerita.... So selepas 2 bulan berhenti kerja aku hanya tinggal 2 bulan punya duit utk hidup.... And guess how long I was able to survive with that amount of money? Approximately 6 months.... 6 bulan.... tripled the amount I should have been able to survive....

Yup, dari semasa ke semasa ada rezeki lain yang datang.... Aku ubah gaya hidup, aku lebih bersyukur apa yang ada, dan sabar melihat dugaan2 dunia.... Dan akhirnya duit aku memang literally habis... Emmm... around RM20? lol....

Tiba2 Allah bagi lagi rezeki dengan ada orang nak beli kereta aku, dan aku sendiri dapat tempat untuk sambungkan pelajaran... Dan lepas tu aku dapat pinjaman MARA.... It's not much, just around RM800 per month....

Still.... bagi aku yang sekarang... RM800 itu sangatlah cukup. Sangat.... Aku tak lagi bandingkan dengan pilihan-pilihan biasiswa yang lain, ataupun dengan pekerjaan yang lain... Atau tak juga berasa menyesal meninggalkan kerja di Public Bank yang kalau aku teruskan mungkin purata pendapatan bulanan aku dah sama dengan kawan2 yang lain....

(gambar terakhir sebelum dijual.... isk3)

Selain tu aku pun dah terpaksa downgrade kereta aku daripada Mazda 6, kereta yang aku sangat suka dan brand idaman aku sejak aku di bangku sekolah lagi kepada kereta kancil tahun 1996 (dah 18 tahun tu haha).... Pada asalnya rasa tersangatlah tak best... pick up slow sangat, gear ada sampai 4 je, pastu air cepat habis yang perlu isi balik setiap 2-3 kali guna... Tapi still, alhamdulillah sekarang dah biasa, dan kalau dulu bawak Saga aku rasa tak best, sekarang rasa bawak Saga pun dah cukup best.... Yang penting aku masih boleh pergi ke mana aku perlu pergi dengan kancil tu.....

Dari RM2,800 kepada RM800

Dari Mazda 6 kepada Kancil 1996 gear 4...

Aku masih lagi bersyukur kerana Allah meletakkan aku melalui semua itu.... Kerana dengannya aku mengerti erti duit, erti rezeki, dan erti nikmat.....

Dan yang paling penting sekali....

Kini aku mengerti erti zuhud....

Iaitu bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan nikmat yang ditarik....

Sebagai tanda kita meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati....

Setahun, semenjak aku keluar dari Public Bank.... Itulah tempoh untuk Allah memberiku tarbiyah berkaitan erti rezeki, nikmat dan zuhud....

Kini aku memilih untuk membuat apa yang aku suka, apa yang aku rasakan akan memberi manfaat kepada orang, walau dapat menolong orang lain walau secebis pun, aku merasa puas dan terus bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian Allah.... Dan nilai duit bukan lagi menjadi ukuran utama sekarang ni....

Aku yakin satu hari nanti aku akan kembali diuji.... Tapi aku pohon semoga Allah kekalkan sifat zuhud ini dalam diriku, isteriku dan keluargaku..... Dan kuatkan kami dengan sabar dan redha....


Premenstrual syndrome (PMS)


Dalam bahasa mudahnya ialah senggugut. Ia merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

  

Antara symptom PMS atau lebih mudah dikenali dengan senggugut ini akan menyebabkan kejang perut, kembung perut, payudara akan membengkak dan lebih sensitive, perubahan hormone akan menyebabkan seseorang itu mudah marah takut dan lebih sensitive(hayunan perasaan),mudah keluar jerawat pada muka. Ia juga akan melibatkan masalah tidur, lesu badan,  dan juga pening kepala. Jika seseorang itu mengalami PMS yang lebih teruk, ia kan menyebabkan muntah-muntah, dehydration, pengsan dan gangguan kesuburan. Setiap wanita juga mengambil berat tentang masalah ini, kerana symptom PMS iani juga boleh mrujuk kepada pertumbuhan cyst pada rahim!

Tahu macam mana senggugut boleh terjadi?
  
Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Tetapi ia lebih mudah menyerang mereka yang tinggi pengambilan kafein, peningkatan usia, mempunyai sejarah keluarga, kerap menggunakan tembakau (perokok) dan jug afaktor pemakanan yang kurang atau rendah vitamin dan mineral tertentu seperti magnesium, manganese dan juga vitamin E.

Cara terbaik untuk mengurangkan PMS ini adalah menjaga pemakanan dan dapatkan supplement yang sesuai. pengambilan supplement seperti GLA COMPLEX (MAL 07021517XC) amat sesuai untuk menjaga kesihatan semasa kitaran haid.

Ia mengandungi GLA (asid linolenik gamma) , sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin (hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Selain itu, ia juga mengandungi minyak benih bunga matahari (salah satu sumber asid lemak Omega-6). Ia juga mengandungo vitamin E yang membantu melindungi dinding artrei dan menyokong system imun dengan melindungi sel.

MARI KENALI PRODUK SHAKLEE 

9 kelebihan pengambilan GLA COMPLEX

1. HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI
  • Borage adalah herba kegemaran orang barat.. Ianya merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON
  • GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormon LELAKI dan WANITA, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, MOOD SWING, retensi air dan sakit payudara.

 3. MELAMBATKAN MENOPAUS
  • Memeperbaiki keadaan menopous spt HOT FLASHES, INSOMNIA, ketidakhadaman,depresi.Pengambilan jangka panjang akan MELAMBATKAN PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, memberi tone kepada uterus untuk KULIT LEBIH MUDA.

4. MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBU
  • Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

5. MENENTANG KANSER
  •  GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

 6. MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY
  • GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

7. MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT
  •  Ianya mengurangkan inflamasi kulit ,eczema, allergi, kagatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
  •   Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yan terjadi dari RHEUMATISMA & ARTRITIS.

8. MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETES
  • Merendahkan kadar kandungan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
  •  Meringan kan kebas dan kesakitan di sebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

9. MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI
  • Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti ARTERIOSKLEROSIS dan MYOCARDIAL INFARCTION...

Banyak betul manfaat GLA SHAKLEE ni kan...Baik untuk LELAKI mahupun WANITA, tak kira usia MUDA mahupun TUA..

Siapakah yang boleh mengambil GLA Complex
§  Pesakit diabetes, hypertension, sakit jantung
§  Pesakit arthritis
§  Individu yang mengalami masalah osteoporosis
§  Wanita yang mengalami masalah PMS yang teruk
§  Individu yang mengalami alahan
§  Individu yang ketagihan alkohol.
§  Wanita yang INGIN hamil

Siapakah yang DILARANG untuk mengambil GLA Complex
§  Ibu mengandung - akan merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran pra-matang
§  Individu yang mengalami masalah sawan
§  GLA yang tinggi akan meningkatkan risiko sawan.


Jom dapatkan GLA COMPLEX anda SEKARANG!!!

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png