Cara Untuk Lebih Murah Rezeki

Assalamualaikum lovers..

Kehidupan kita sebagai manusia tak pernah jauh dari duit/keuntungan/kekayaan dan sebagai.Kerana ini yang dikatakan sebagai rezeki.Kerja keluar pukul 6-7pagi balik malam...kerja bersungguh-sungguh sampai kekadang lupa dan alpa dengan suruhannya.Pernah tak korang rasa dengan gaji yang ada tapi masih rasa tak mencukupi?Yeap itulah namanya keberkatan.Gaji yang kita perolehi tidak mendapat keberkatannya darinya.

Macam mana nak dapatkan keberkatan?Jom baca ni.Nak berkongsi serba sedikit.

1. Bersedekah
Bila kita bersedekah walaupun dalam kadar yang kecil,insyaallah akan melimpah ruah Allah balas.Kerana bersedekah juga mengundang rahmat Allah untuk membuka pintu 
    rezeki kita.

2.Bangun pagi 
Seeloknya selepas menunaikan solat subuh tidak sambung untuk tidur sebaliknya       melakukan sebarang aktiviti.Itu lah amalan yang berkat.

3. Berbuat baik dan menolong org yang lemah
Sentiasa berbuat baik samada dengan kanak-kanak,fakir miskin,orang tua dan semua orang.Kerana mereka akan mendoakan kesejahteraan kita.Tak rugi kalau kita berbuat baik dengan semua org,cuma berpada-pada sahaja.

4. Sempatkan diri untuk menunaikan kewajipan
Sesibuk mana kita,luangkan beberapa minit untuk menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam.Allah akan sentiasa membukakan hati kekayaan dan menutup kefakiran.Disamping kita meminta dan memohon kepadanya.

5. Beristighfar
Istighfar ni sebenarnya adalah rintihan atau pon pengakuan dosa-dosa yang pernah kita buat di depan Allah.Insya allah ia menjadi sebab Allah untuk memperkenankan doa hambanya.Ada satu hadis yang mengatakan "Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka".Seeloknya beristighfar selepas solat.

6. Sentiasa mengingati Allah
Kalau kita dalam masalah,bila mendekatkan diri kepadanya,mengingatinya.Membuatkan hati kita semakin tenang dan tenteram.Dengan membaca Al Quran insya allah semuanya dipermudahkan.

7. Mengamalkan zikir
Asma'ul Husna baik dijadikan sebagai zikir harian disamping dapat menenangkan,menjernihkan,melunakkan hati.Kerana apabila kita berzikir ia mempunyai banyak fadhilatnya.

8. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Seeloknya setiap hari mendengar atau membaca al-quran.Antara satu surah yang perlu dijadikan amalan adalah Surah Waqiah.Untuk memurahkan rezeki.Insya allah

9. Solat Dhuha
Waktu solat dhuha ni dibuat saat orang lain sibuk bekerja,kita cuba ambil beberapa minit untk melakukan Dhuha.

"wahai anak adam,jangan sesekali engkau malas untuk mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang.Nanti pasti akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya"

10. Bersyukur kepada Allah 
Sentiasa mengakui dan mensyukuri segala pemberian ini dari Allah.

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png