Mesti Cuba! 5 Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat & Semulajadi

Mesti Cuba! 5 Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat & Semulajadi

Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai hobi makan. Bahkan kerana terlalu seronok menikmati makanan setiapkali dijamu, sampai tak sedar perut jadi semakin membuncit!
Menikmati pelbagi menu kegemaran memang cukup membahagiakan. Sungguhpun begitu, kita perlu menjaga kesihatan tubuh kita kerana jika kita terus makan dan makan, tidak mustahil kita akan menjadi bertambah gemuk. Lebih parah lagi, hanya di bahagian perut kita sahaja yang nampak membesar dan terus membuncit!
Sudah pasti, keadaan seperti ini  bagaikan satu mimpi ngeri buat kita. Biasanya orang yang mempunyai perut buncit sangat terseksa dengan keadaan yang dialaminya. Bukan setakat tidak selesa dengan pandangan orang terhadap dirinya, masalah perut buncit juga kadangkala membuatkan seseorang itu mengalami stress ringan.Jika anda berhadapan dengan masalah ini, cubalah cara mengecilkan perut dengan cepat dan semulajadi seperti berikut:
  1. Jaga Pola Makan
Anda suka makan? Anda perlu menjaga pola makan anda supaya perut anda tidak terus membuncit. Jika awalnya anda makan lebih dari tiga kali sehari, mulai daripada sekarang silakan sesuaikan pola makan anda menjadi tiga kali sehari. Selain itu, pastikan jumlah makanan yang diambil dikurangkan, biar sesuai dengan keperluan tubuh anda. Buat anda yang suka mengudap makanan, sebaiknya hentikan kebiasaan tersebut. Sekalipun anda hanya makanan ringan, namun hal tersebut ternyat boleh  menyebabkan perut membuncit.
  1. Minumlah Air Putih
Ada yang mengatakan air putih dapat menyebabkan kegemukan, namun kenyataan tersebut adalah tidaklah benar. Ini adalah kerana air putih sebenarnya boleh meneutralkan racun dalam tubuh, termasuk juga membantu mengatasi lemak berlebihan pada tubuh. Oleh sebab itulah anda yang sudah mengalami obesiti atau perut yang semakin membuncit, sebaiknya minum air putih minimum satu liter perhari.
  1. Bersenam
Cara terbaik membakar lemak yang berkumpul pada tubuh adalah dengan bersenam. Bagi anda yang mahu mengecilkan perut, silalah bersenam secara rutin dan teratur. Cara untuk mengecilkan perut dengan cepat, sebaiknya anda lebih kerap melakukan senaman ‘six up’.
  1. Hindari Makanan Berlemak
Selain menjaga pola makan, anda juga wajib menghindari makanan berlemak. Ini adalah kerana makanan yang banyak mengandungi lemak akan cepat membuat perut anda buncit, sebab lemak dalam tubuh akan semakin berkumpul. Salah satu jenis makanan berlemak yang patut anda hindari adalah makanan bergoreng. Makanan ini terbukti mengandungi kadar minyak yang tinggi di dalamnya yang juga dapat menyebabkan kolestrol.
  1. Makan Buah – Buahan
Biasanya perut yang buncit juga boleh disebabkan oleh penghadaman yang kurang lancar. Salahs atu jalan penyelesaiannya adalah dengan rajin makan buah – buahan. Ini adalah kerana buah-buahan seperti betik sangat baik dalam membantu penghadaman.  jadi jangan malas untuk mengkonsumsi buah. Selain melancarkan penghadaman, dengan pengambilan buah-buahan juga dapat memberikan nutrisi pada tubuh anda yang berupa vitamin semulajadi.
Kesimpulan
Itulah beberapa cara yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengecilkan perut buncit. Namun, apa yang pasti untuk mengecilkan perut buncit dengan  cepat anda wajib mengurangkan jumlah makanan dan menjaga pola makan anda dengan sebaik mungkin. Selain itu, anda juga perlu rajin bersenam pada setiap hari, minimum 30 minit per hari.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png