Awas! Tanda-Tanda dan Kesan Buruk Rahim Jatuh.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Hari ni nadia nak sharing tentang rahim kita.. Rahim adalah aset paling penting buat wanita. Itulah harta paling berharga buat seorang wanita. Kenapa kena jaga rahim baik-baik..? Kita kena jaga rahim baik-baik supaya kita dapat mengekalkan warisan keturunan kita dan melahirkan anak-anak yang bijak yang bakal menjaga kita masa hari tua nanti. Tanpa rahim, mana mungkin seseorang wanita tu dapat melahirkan zuriatnya. Jagalah ia sebaik mungkin untuk elakkan masalah dalam rahim atau rahim jatuh. Memang nadia belum berkahwin dan takde pengalaman bab-bab ni.. nadia sharing hasil dari borak-borak dengan mak.. =)

Pengedar Shaklee Kuantan, FREE COD area Kuantan


Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita. Kalau masa pantang, waktu mengurut tu mak bidan biasanya akan mengamalkan 'sengkak' kerana dipercayai mampu menaikkan semula rahim selepas bersalin. Sakitnya tak usah cakap boleh nangis, siap ada bunyi 'kluk' lagi. Tapi lepas aje mengurut dan angkat peranakan tu badan rasa lebih segar dan ringan. Itulah penting adanya mak bidan datang mengurut selepas bersalin selain amalan pantang yang betul =) 

Namun, ada juga yang mengalami masalah rahim jatuh ini disebabkan otot-otot rahim yang telah lemah selepas melahirkan anak. Masalah ini boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat bergantung pada posisi rahim iaitu:

Tahap 1 : rahim hanya turun sedikit dari tempat asal, biasanya tiada sebarang simptom dirasakan. Boleh dikesan apabila mengurut atau melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.


Tahap 2 : Sebahagian rahim sudah terkeluar dari salur vagina.


Tahap 3 : keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ia kelihatan seperti seketul daging yang terkeluar dan boleh dilihat dengan jelas apabila mengcakung. Tak sanggup nadia nak sharing gambarnya, terasa ngeri sangat.. korang boleh cuba google sendiri ya.


Kenapa masalah rahim jatuh ni sangat membimbangkan wanita?

Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila keseluruhan rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat masalah ini. Nauzubillah.

Punca-Punca Rahim Jatuh


  • Kehamilan dan proses bersalin berulang kali pada jarak yang dekat. Jika tidak dijaga dengan betul boleh melonggarkan otot-otot rahim.
  • melahirkan bayi yang bersaiz besar
  • melahirkan anak secara forceps atau vacuum
  • Faktor usia- otot pelvik akan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia.
  • Kehilangan hormon estrogen disebabkan menapouse.
  • Kerap mengangkat benda berat yang tak sepadan dengan tenaga diri.
  • Masalah berat badan berlebihan (obesiti)
  • berdiri terlalu lama setiap hari
  • Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim seperti punding kencing dan bahagian pelvik.

Apakah tanda- tanda anda mengalami rahim jatuh?

Jika masih berada di tahap 1, tiada simptom/ tanda-tanda dapat dirasakan. Namun jika anda berada pada tahap 2 dan 3 beberapa simptom seperti berikut akan dialami iaitu:

  • kerap membuang air kecil
  • Sukar untuk membuang air kecil
  • tidak dapat mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang melibatkan tekanan pada bahagian perut
  • mengalami masalah sembelit atau tidak puas apabila mmebuang air besar
  • terasa ada 'benda berat' di bahagian alat sulit

Kesan buruk akibat rahim jatuh.


  • Mengalami gangguan kencing : iaitu masalah sukar kencing atau terlalu kerap kencing kerana tidak dapat dikawal terutamanya ketika batuk dan bersin.
  • Gangguan hubungan kelamin: berlaku disebabkan kelonggaran pada faraj.
  • Sakit pinggang : rahim yang jatuh turut menarik otot-otot sekitarnya , urat-urat pada bahagian pinggang turut tertarik lalu menyebabkan sakit pinggang.
  • Gangguan kesihatan: rahim yang terkeluar dari saluran vagina akan menyebabkan ia bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka ini mudah dijangkiti kuman akan menyebabkan masalah keputihan yang kronik jika tidak dirawat dengan segera.

Cara Mencegah Rahim Jatuh.


  • Elakkan kehamilan yang terlalu rapat. Boleh menggunakan mana-mana kaedah kontraseptif yang bersesuaian dengan korang. 
  • Kawal berat badan
  • Elakkan mengangkat benda berat yang tak setimpal dengan kudrat kita.
  • Amalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik. Cara melakukan senaman ini ialah dengan cara mengemut (seperti menahan kencing) selama 15 saat dan kemudian melepaskan kemutan tadi selamat 5 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini boleh buat bila-bila masa sahaja waktu baring atau menonton tv. makin kerap dilakukan insyaAllah makin kuatlah otot pelvik kita.
  • Selain itu penjagaan rahim melalui pemakanan juga amat penting. Lepas bersalin jangan main hentam je nak makan apa ye.Walaupun umur belum masuk 3 series tapi hakikatnya kat dalam kita tak nampak, so kenalah jaga dan buat langkah pencegahan dari awal =)
Untuk itu, nadia dah amalkan set penjagaan rahim Shaklee yang memang teramat berbaloi ni. Asalnya nadia amik untuk amalkan diet seimbang tapi survey dan hadiri kelas nutrisi yang pihak Shaklee anjurkan, baru nadia tau yang set diet seimbang nadia ni, mampu membantu nadia jaga rahim nadia sekaligus. Berbaloikan...? =) Bagi nadia memang wajib la wanita-wanita kat luar sana pun mencuba set penjagaan rahim ni sekaligus dapat amalkan diet seimbang. 

Cara atasi rahim jatuh

Set penjagaan rahim. Atasi masalah rahim jatuh sebelum terlambat. Set ini terdiri daripada : 


  • Energizing Soy Protein (ESP): Kaya dengan protein yang menjadi makanan asas kepada sel-sel dalam tubuh badan. Ia berfungsi menguatkan sel-sel otot rahim, bila sel dalam otot mendapat sumber protein yang berkualiti, maka rahim dapat berfungsi dengan baik dan menjadi lebih kuat. Kalau nak tau, ramai yang bagi feedback amalkan ESP mampu menyenyangkan perut. Sekaligus boleh diet tanpa perlu berlapar. Banyak lagi cerita menarik tentang ESP ni. Korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui sejarah menarik ESP ni.
  • Alfalfa Complex:  Herba yang bertindak seperti kacip fatimah. Bantu merapatkan vagina dan mengatasi masalah keputihan yang banyak dan berbau. Disamping itu alfalfa mampu membantu menyingirkan toksin dalam tubuh kita =) KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang alfalfa complex ni.

Mak bidan juga banyak kali pesan, masa pantang kena jaga betul-betul especially bab angkat-angkat benda berat ni. Benda paling berat yang boleh diangkat is baby sahaja. Ada juga yang menyatakan rahim yang tak kuat ni adalah punca sukar hamil kerana keguguran mudah berlaku. Sebaiknya jumpalah doktor secepat mungkin jika korang mengalami simpton- rahim jatuh ni. Rahim cuma ada satu, jadi jagalah ia sebaiknya bukan semata-mata untuk suami sahaja tapi untuk diri sendiri juga =)

Jika korang berminat nak dapat SET PENJAGAAN RAHIM ni, boleh klik "order now" untuk pembelian segera dan hubungi nadia untuk dapat free konsultansi. In Sha Allah nadia akan bantu korang sebaik mungkin.


In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 

Terima Kasih atas sokongan korang semua ^__^

Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)

pengedar shaklee kuantan

**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.





Your Trusted SID..©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)


No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png